Monday, May 11, 2015

Sedih yang berulang

Kenapa mesti sedih berulang?
kenapa mesti hati sakit dan terus terluka
kenapa mesti kecewa dan berduka sentiasa?

Kalau sesiapa yang sedang berada dalam situasi ini, satu saja aku nak bagitahu 
"tanya hati kau sendiri"
dah besar kan?
dah cukup dewasa kan?
kenapa mesti nak berpaut pada orang yang tak pernah sudi?
kenapa mesti nak setia menunggu pada orang yang tak pernah peduli?
kenapa?
kalau bukan kita yang jaga hati dan perasaan sendiri...
siapa lagi?

Friday, May 8, 2015

Sampai Masa

Untuk setiap dugaan yang mendatang
Untuk setiap harapan yang ditatang

Untuk masa yang dipinjamkan
Untuk langkah yang dipanjangkan

Walau
 sayang hingga akhir waktu
setia walau detik berlalu
semua hanya pinjaman

Tabahlah wahai diri
Redhalah duhai hati
Semua ini hanya pinjaman
Sampai masa semuanya harus dikembalikan

Thursday, April 30, 2015

Luas

 Kerana cinta dan kasih sayang itu terlalu luas
bukan sekadar untuk lelaki dan perempuan
tetapi lebih kepada sesama makhluk Tuhan
andai saja cinta itu sekadar untuk sesama manusia
pasti ramai yang tidak akan mensyukuri segala nikmat yang dikurnia Ilahi

Sayangilah dan cintailah semampunya
cuma jangan sesekali kita menzalimi diri sendiri kerana cinta
carilah Tuhan
carilah kebahagiaan
hidup ini terlalu singkat untuk kita sia-siakan.

Tuesday, April 21, 2015

Hujan air mata

Rintik hujan dari biasan tingkap kaca
sama seperti mata aku yang berkaca bila rindu itu datang menyapa

Untukmu wahai kesayangan

Terima kasih wahai kesayangan
untuk semua memori dan lakaran kenangan
walau kini kita tak lagi saling memerlukan
doa untukmu sentiasa mengiringi perjalanan


** Terima kasih untuk yang sentiasa sudi membaca di Ig saya,
maaf sebab saya tak mampu lagi untuk meneruskan langkah di sana
biar saja semua coretan saya ukirkan di sini..

Monday, April 20, 2015

Ulangan

Kenapa?
singgah hanya sebentar
hadir kemudian pergi
cinta tanpa setia
sayang sekadar ucapan
soalan yang sama diulang sehingga tak lagi mampu dibilang

Bergembira hanya seketika

Menyanyi irama cinta
menari sambil ketawa
sorok segala duka dan hiba
bergembira walau untuk sesaat cuma
esok yang menjelma pasti takkan sama
kerana kita akan bawa haluan berbeza saat munculnya sinar sang suria

Sampai

Setiap butir aksara bagaikan tulisan yang bernyawa
maksudnya mungkin tidak kan sampai sepenuhnya 
andai yang menulis itu tak punya jiwa

Kesilapan berulang

Beri hati pada manusia yang tak tahu menilai harga
silap diri bermula bila seringkali melebihkan cinta
sehingga lupa tanggungjawab pada Tuhan yang Maha Esa

Saturday, April 18, 2015

Mencari

Lepas dan bebas
itu gaya hidup tahun-tahun yang lepas
apa yang telah ada
tak pernah puas
sifat diri yang sentiasa buas
entah dari mana
entahkan bila ketikanya
saat hati dijentik sayu
mula merenung jiwa yang semakin layu
fikiran yang selama ini buntu
ketenangan yang tak pernah kunjung temu
baru tersedar rupanya Tuhan sedang menguji
dan bila saat hati gigih mencari jalan terang bersuluh
mencari cahaya dan sinar keagunganNya
mohon jangan dilepas ikatan 
berdoa dalam setiap sujud mencari keberkatan
moga saja diri tidak lagi melupakan kasihnya Tuhan


** Kisah tentang manusia yang selama ini tak pernah tahu erti bahagia 
tak pernah tahu apa ertinya tenang di atas tikar sejadah
yang tak pernah tahu keluarkan air mata waktu berdoa memohon keampunan
Dan bila dia mula kembali mencari 
dia berdoa agar diri tidak tersasar lagi
kerana dia cukup takut andainya dia "jauh" dan tersasar untuk kedua kali
dia tak tahu adakah sempat untuk dia kembali mencari Tuhan dan Syurga Firdausi.

Puisi kolab 5

Collab with adik manis qalbs.monolog / @qm.rm
kali ni tema lain sikit 




Yang dulu
Aku sembah sujudkan
cerita cinta manusia hulu
biar sampai kayangan

Apalah mampu kudrat dia
untuk menjamin hirup hembus udara aku?

Tara mana sahaja kuasa dia
kononnya beribu peluru sanggup dia perisaikan

Apa yang dia ada
sehingga mahkota menjadi galang gantinya?

Kekasih sebenar itu Tuhan
Dia beribu kali kasih
namun kita berjuta kali belum sudi.

@qm.rn



Seringkali aku alpa
yang hubungan itu tak semestinya sampai ke penghujung cerita
seringkali aku leka
cinta sesama manusia belum pasti membawa ke Syurga
tapi yang pasti
apa yang aku seringkali lupa
Tuhan itu sentiasa ada dan sentiasa menanti kita kembali mencari cahaya

@ilusi.ungu

Thursday, April 16, 2015

Cerita cinta kita

Cerita cinta kita
bukan khayalan tapi penuh dengan kepalsuan

Cerita cinta kita
tiada tujuan hanya sebagai persinggahan

Cerita cinta kita
tiada lagi harapan yang tinggal cuma secebis kenangan

Wednesday, April 15, 2015

puisi kolab 4

Sekali lagi berkolaborasi dengan @manusia_sementara
glad to know this talented lady 


Cuba untuk lupa
semua yang pernah aku ada
entah sampai bila?
"ingatan" itu kan kekal ada

(@ilusi.ungu)


Biar saja ingatan itu kekal ada
kerna hanya itu yang menyedarkan kita
cinta manusia tak bisa kekal lama
ayuh, kita cari Tuhan semula!

(@manusia_sementara)

Jangan

Jangan sesekali teringin 
hak orang

kalau nanti hak kita
orang ambil

sakit dia "Makan dalam"

** Jadi manusia jangan tamak
boleh?

Tarik diri

Lebih baik berhenti
kalau setiap hari diri diperli
lebih baik berhenti
kalau dalam diam diri dicaci
lebih baik berhenti
sebelum semua anggap kau manusia yang tak punya harga diri

Simpul dan lepas

Telah ku cuba
merungkai simpulan
melepas ikatan
tapi aku seolah hilang arah tujuan bila aku masih kembali 
pada dia yang sering melukakan

Tanda soal

Helaian kau baca - kabur
makanan kau kunyah - hambar
minuman kau hirup - tawar
aksara di jiwa - hilang
apa yang kau rasa?
apa yang kau mahu?
epilog bersiri mana lagi kau mahu ikuti?
atau
kau cuma mahu menyendiri supaya bila tiba saat kau pergi
tak ada seorang pun yang akan menangisi


Sama

Serba-serbi tak kena
masih lagi di takuk sama
walau kau cuba pusing keliling dunia
masih lagi kau tak jumpa
semua persoalan masih sama
jawapan juga tak ada yang sempurna
mungkin kerana 
hidup kau masih dikelilingi manusia yang sama

Saturday, April 11, 2015

Friday, April 10, 2015

Masa

Masih tak ingin dewasa
Masih berjiwa muda
Masih rasa diri diusia remaja
Andai boleh dihentikan masa
Aku tak ingin jadi dewasa

** Seorang wanita yang masih berjiwa kanak-kanak 

Thursday, April 9, 2015

Mahligai yang tidak bernyawa

Permaidani baldu
segala keindahan serba baru
tiada satu pun yang menyentuh perasaanku
andai diri hanya dijadikan perhiasan mahligai
tak pernah langsung diri ini dibelai
bebaskan saja 
biarkan aku terbang membelah angkasa
menghirup betapa segarnya udara
walau diriku berteman tiada
mungkin seketika aku kan kecewa
itu lebih baik dari selamanya berendam air mata

Wednesday, April 8, 2015

Penantian

Memori silam semalam yang mengasyikkan itu hanya sementara
kerana yang pedih itu lebih ketara
bukan niatku untuk tidak menghargai apa yang aku ada
bila hadirnya seorang insan yang sudi untuk mencinta
tapi kesan luka itu masih ada
belum lagi aku temu segala penawarnya
bukan aku tidak mencuba
lebih dari kau tahu aku telah berusaha
tapi masih lagi tidak berjaya
moga saja hati ini akan cepat lupa
dengan segala seksa yang pernah aku rasa
buat kamu yang hadirnya tak pernah aku duga
terima kasih kerana selalu ada
tapi maaf aku masih tak berdaya untuk membalas cinta


** ada orang yang setia menanti walau dirinya telah dikecewakan berkali-kali
moga saja dia bisa mengerti
pemilik hati itu belum bersedia untuk mencari pengganti

What's left?

We used to be friends
But I guess time has changed everything
No more us in this coming year
Everything's left is just a piece of memory

Masihkah kau ingat?

Awan itu kepul-kepul
"comel" bisik kamu pada aku suatu masa dulu
Awan itu gebu-gebu
"geram" luah kamu pada aku suatu masa dulu 
masihkah kau ingat?
saat kita bersama mendongak langit
kita sama-sama berbantal lengan
mendakap tubuh bila angin sejuk menderu
berkongsi cicipan walau sekadar air minuman tanpa perisa
masihkah kau ingat?
tutur bicara mu saat kita melepas rindu
saat kau hela nafas lega bila aku ada waktu kau perlu aku
soalan aku masih sama
masihkah kau ingat?

Roti dan Nutella

Hari mu tak lengkap tanpa sarapan yang kau suka
 roti dan nutella sudah cukup buat kau gembira
berbeza dengan aku
yang tak perlu segala hidangan yang manis 
tak mahu juga kopi yang pahit
cukup sekadar roti kosong
sama seperti hati aku yang kosong
bila melihat kau gembira dengan sarapan pagimu yang dihidangkan oleh - dia

Tuesday, April 7, 2015

Milik kamu

Mencintai kamu yang jauh beribu batu
merindui kamu tanpa kau tahu di mana aku
menyayangi kamu selagi nafas masih terhembus
namun kamu tak pernah tahu
bisa saja ku lontarkan suara hati
mahu saja aku jeritkan bisikan nurani
namun aku masih tahu batasan diri
masih waras yang kau tak pernah mencintai
hanya aku yang sendiri menari di alam mimpi
bertemankan memori sekeping hati
bernadakan alunan irama kisah luka yang tak pernah berganti
tapi diri masih berdiri teguh
masih tak serik untuk berpaut pada dahan rapuh
 walau akhirnya aku tahu yang aku bakal jatuh tersungkur
biarkan aku begini
biarkan aku sakit di sini
untuk melepaskanmu dari hati bukan keutamaan ku kini
walau hatiku pecah seribu
walau perasaan ku robek ditusuk sembilu
aku tetap mahu menyatakan
yang hati aku tetap milik kamu 

Dunia vs Diri


Dunia cinta kadang-kadang nampak sangat tidak adil kan?  Ada manusia yang bersungguh cinta tapi langsung cinta dari dia itu tak pernah dihargai.  Ada pula manusia yang langsung tidak menghargai cinta, tapi dirinya sentiasa dikejar insan-insan yang gigih mendapatkan hatinya.  Aneh-aneh kan dunia ini?  atau sebenarnya manusia itu yang aneh?  orang yang gigih menolak, namun orang itu jugalah yang dikejar.

Masalah hati, yang kadangkala sukar untuk ditafsirkan.  Jujur aku katakan di sini, hati yang terluka itu sebenarnya jauh lebih sakit dari hati yang tidak disambut cintanya.  Sekurang-kurangnya orang yang tidak disambut cintanya itu tidak merasa bagaimana sakitnya dikhianati insan yang pernah berjanji untuk selamanya setia.  

Setia itu juga bukan suatu masalah besar kalau kau benar-benar yakin dengan pilihan hatimu.  Tapi setia itu begitu besar maknanya, bukan sahaja untuk cinta tapi lebih dari itu.  Setia dan kepercayaan saling berkait rapat, kalau hilang setia bakal hilang jugalah kepercayaan.  Tanpa kepercayaan, goyahlah sebuah perhubungan.

Hubungan yang terkandas mungkin akan buat kau rasa diri ini langsung tak berharga.  Tapi ada sesetengah orang pula menjadikan hubungan yang terkandas sebagai satu cabaran untuk memperbaiki diri dan seluruh kehidupan.  Siapa kita hari ini bukanlah penentu siapa kita di hari yang mendatang. 


walau langkah mu tempang
walau tiada yang sudi menumpang
jangan kau goyah
jangan kau rebah
bangkit mencari diri
esok mungkin kau kembali berlari 

Tertunaikah hasrat itu


Dan kau takkan pernah tahu
segala yang tersimpan di ufuk kalbuku
walau langit tak lagi biru
walau udara tak lagi sedingin bayu
takkan pernah lagi kita bertemu
itu janji aku



** janji yang kadangkala melukakan hati sendiri.


Puisi kolab 3 - lelaki

Ini kolab aku dengan kawan ig yang aku adore sangat
suka dengan quotes dia yang simple tapi selalu bagi ayat "makan dalam"
dan menjadi puisi kontroversi sebab lelaki ramai yang terasa
sorry guys.. ini untuk certain lelaki saja
aku tahu ramai lagi yang baik budi kat luar sana
dan untuk awak @manusia_sementara
 terima kasih sebab sudi ajak saya collab...


awak,
kenapa lelaki suka tabur janji dan kemudian lari?
apa perempuan tak layak untuk dihargai dan dicintai?
@manusia_sementara


mungkin lelaki itu tak sedar diri
dah ada permata masih tak tahu nak menghargai
tapi awak jangan serik untuk beri hati
masih ramai lagi lelaki yang berhati murni
jom kita sama-sama cari
@ilusi.ungu

Puisi colab 2 - enggan terluka

Ayat sambung-sambung dengan pemuisi dari seberang
seronok sebenarnya menulis ni
sebab kita dapat bertukar-tukar ayat dengan kawan-kawan yang berminat dalam dunia yang sama


Benar, cinta sedang berputik di hati
sesekali rindu juga mengetuk sanubari
tapi aku takut untuk menyatakan yang ini adalah bahagia
kerana bimbang terluka untuk kali kedua
@ilusi.ungu


Jangan bimbang
cintaku hanyalah milikmu seorang
sambut aku dengan hati
bukan dengan kenangan masa silam
@erlan.h

Puisi collab 1 - Bukan takdir kita

Dapat request dari teman puisi untuk tulis sepatah dua kata...
aku nak letak dekat sini since aku pun dah tak lagi update ig aku
so here it is
our first collaboration



Kita tidak ditakdir bersama
merenung langit di kaki senja
mengira bintang mencari kejora
namun kau harus tahu satu perkara
walau kita jauh dari pandangan mata
doa tulus sentiasa mengiringi insan yang di hatiku dia pernah bertakhta
@ilusi.ungu


Kenapa perlu menanti senja
sedangkan ada mentari yang terang bercahaya
benar, kita tidak bertentangan mata
tapi untuk setiap puisi cinta yang kita reka
aku lihat kau wujud dalam jiwa
andai takdir tidak menulis untuk kita bersama
moga saja kita dapat bersua ditemani mentari senja
@azrul_zafwan


Saturday, March 28, 2015

Mencari diri

Mencari diri yang entah di mana
Mencari sepi yang tak pernah ada
hiruk-pikuk dunia
lemas-aku rimas
adakah itu lumrah?
atau
kau yang selalu menyerah hingga kau buat aku turut ikut mengalah
benci - atau sebenarnya masih peduli?
semua itu tak penting lagi
sekarang aku mohon
kembalikan semuanya pada empunya diri
aku sunyi
tanpa diri aku sendiri





Janji

Janji 
bukan untuk dimungkiri
bukan untuk dikhianati
bukan juga untuk disesali
tapi
janji untuk ditunaikan
janji untuk dikotakan
janji untuk dipaterikan
andai rasa tak mampu
tak perlu lafazkan janji
sekali ia dimungkiri
selamanya takkan dipercayai

Thursday, March 26, 2015

Beza

Pernah bersama
gelak ketawa riang membaca tiap baris kata
tapi bila kau tegar untuk mengakhiri segala
jangan kau anggap
dengan mudah aku boleh terima semua
kau-aku
biar kita bawa haluan berbeza
kerana yang terputus
tidak akan bersambung semula

Ruang atau jurang?


Ruang waktu yang kau pinta
Akhirnya cipta jurang buat kita
kerana
Ruang waktu yang kau pinta
Telah membuat hilangnya definisi - Kita

Cuma mahu

Aku cuma mahu menulis
biar hilang sedikit luka hati yang terguris


Kenangan itu

Kenangan yang sering bertamu membuat aku rindu pada masa-masa yang lalu.  Rindu pada senda gurau yang dulu, pendek kata segalanya tentang "yang dulu" boleh dikatakan semuanya aku rindu.  Saat kita sama-sama "belajar" dan merangkak, saat kau jatuh aku papah, saat aku rebah kau tongkatkan, semua yang pernah kita kongsi, sayangnya semua itu tak lama.  Hanya seketika yang membuat bermacam (drama).  Engkau yang jauh berubah, mula angkuh mendongak langit langsung tak nampak orang lain punya baik.   Itu kah kamu yang dulu?  Mana hilangnya seorang teman yang sentiasa tunduk merapat ke bumi?  Mana hilangnya orang yang sering bercakap tentang baiknya orang di sekeliling?  

Hilang- kau betul-betul hilang, puas aku cari tak lagi ku temu dirimu yang dulu.  Aku tak letak 100% kesalahan pada kamu, mungkin salah aku juga yang buat kamu kian berubah.  Tapi kenapa kita sudah tak boleh duduk berbincang di meja yang sama?  Kenapa tak boleh lagi kita ubah cara haluan kita yang mungkin kian berbeza arah?  kenapa perlu kau lari dan sembunyi diri?  kemudian kau kembali dan mengharapkan semua tetap membuta tuli?

Maafkan aku sebab tak mampu lagi berdiam diri, tapi selayaknya kamu juga tak perlu lagi meninggi diri dan meninggalkan semua kesalahan atas bahu diri ini.  Aku berundur demi kamu capai matlamat diri, apa pun yang berlaku aku harap kau belajar dari kesilapan.  Hidup kita ni, takkan maju selagi kita tak ubah kefahaman diri kita, tak akan berjaya selagi kita tak faham diri kita sendiri.

Apa yang pernah berlaku, aku harap kau tak ulangi lagi.  Moga saja dia itu yang telah kembali pada kamu akan membawa sinar kejayaan buatmu.  Aku bukan siapa-siapa, aku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa, cukup lah kau tahu segala yang berlaku sehingga mewujudkan keadaan ini..biarkan saja berlalu,walaupun aku rindu aku sentiasa berdoa moga saja kita takkan kembali bertemu.

Kenapa?

Dia-suka gincu
pantang nampak kedai M.A.C
meronta-ronta hati nak masuk

Dia- suka blusher
Pantang nampak tester
semua dia nak cuba

Dia- suka membeli
Apa saja berkenan di mata
semua dia masuk dalam troli

sampai satu masa
dia dah tak mahu beli apa-apa
bukan kerana wang di dompet sudah tiada
bukan juga kerana ada yang menghalang langkahnya
tapi kerana dia sudah tak lagi perlukan semuanya

Tapi kenapa?

Escapism

Bagi aku, escapism adalah perkara yang buat kau gembira, yang buat kau lupa tentang masalah yang kau tahu setiap hari kau kena hadap.  Bagi aku, escapism untuk aku adalah dengan menulis dan membaca.  Tapi kalau ruang escapism kau pun dah diceroboh, ruang escapism kau pulak jadi tempat kau tambah semak kepala, kau rasa kau patut stay ke?

Stuck?

Pernah tak kau rasa stuck dekat suatu tempat atau stuck dengan orang? sebab aku pernah alami situasi macam tu.  Kita ni, kadang-kadang nak nasihat orang kena tengok orang tu macam mana.  Kalau kau silap jolok sarang tebuan, haha menjawab lah.  Aku sendiri pernah ada dalam situasi macam tu, end up semuanya screw up, sebab apa? sebab panas, panas yang kau tak boleh nak kawal.  Panas yang kau rasa bengang sebab kau tengok orang depan kau ni memang tak boleh nak ditegur.  So kalau kau jadi aku, apa yang kau buat?

Aku punya pendekatan simple je, (maafkan penggunaan bahasa rojak).  Aku ni, manusia nya yang straight forward, aku tak pandai berkias cuma sebolehnya, aku jaga mulut aku supaya jangan biadab dengan orang.  Biasanya aku kalau bengang aku diam,  tapi kalau dah keluar aura naga aku tu mintak maaflah kalau ada yang terkena lahar.  

Dari sudut pandangan aku, kalau benda salah tetap salah.  Aku takkan pertahankan benda tu kalau benda tu salah tak kira lah kau siapa.  Kalau kau kawan baik aku sekalipun, tapi kalau benda yang kau buat tu salah aku tetap takkan sokong.  Tak guna kau mempertahankan orang membabi buta sedangkan kau tahu orang yang kau pertahankan tu memang buat salah, kan? 

Dalam hidup ni, kau tak boleh expect semua orang akan suka kau, semua orang akan setuju dengan kau.  Tapi kau kena terima satu perkara, terima apa kritikan orang, kalau kita salah betulkan dan kalau dia salah buktikan,  jangan sombong dengan apa yang kita ada.  Kita ni manusia saja, kita ni biasa-biasa sahaja, kalau ada pun kelebihan kita semua tu cuma pinjaman dari DIA.


Aku cuma manusia
aku jauh dari sempurna
tapi aku tahu kamu juga manusia
walau kita berbeza rupa
walau kita berbeza pangkat
walau kita berbeza umur
kita tetap manusia biasa.

Siapa kita?

Jatuh dan bangun itu lumrah
Siapa kita selepas jatuh yang membezakan kita dengan orang lain
Kecewa dan menangis itu biasa
Tapi di mana kita selepas kering air mata yang tersisa?
Hanya kita sendiri yang punya jawapan
kerana orang di luar cuma boleh meneka

Beralih-arah?

Assalamualaikum
aku cuma ingin berkongsi, tentang rasa hati dan juga tentang segala yang aku perhati.
Secara jujurnya, aku bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang puisi,  kerana aku tahu betapa ceteknya ilmu yang aku ada.

-

Aku di sini, hanya untuk kembali menyambung butir-butir aksara yang aku sengaja hentikan. 
Bukan niat di hati untuk sengaja mengundurkan diri,
Kata seorang teman ini mungkin "Undiscovered Hidden Interest" aku.
Mungkin juga? sebab selama ini aku tak pernah sedar, atau aku yang buat tak endah?

-

Andai saja ada yang membaca
aku berhenti kerana sebab-sebab tertentu,
tapi aku ingin kongsikan di sini beberapa puisi yang ada dalam simpanan aku,
adakah aku akan kembali ke sana?
entah, mungkin tidak buat masa ini.
Terima kasih buat semua yang memberi semangat agar aku kembali menulis...
walaupun aku tahu
genre yang aku bawa ini sudah terlalu "biasa" kan?
tak apalah,
aku menulis bukan mengharapkan apa-apa
cukup sekadar ada yang sudi membaca :)

-

Apa yang aku tahu
apa yang aku pegang
sehebat mana pun kita
setinggi mana ilmu yang kita ada
tak semua orang akan terima kita dan cara kita
tapi jaga adab
itu yang paling utama
bagi aku 

Tentang kamu

Kau
cuma tahu memberontak
cuma tahu mendesak
Aku
sudah letih mengalah
sudah letih menjadi yang lemah
Kita
harus tamatkan permainan ini
samaada kau cermin kembali diri
atau
Biar aku saja yang pergi

Tak pernah berubah

Perubahan masa
perbezaan suasana 
tetapi ada satu yang tetap sama
tidak berkurang
tidak pula bertambah
masih statik
beku dan membatu
masih di situ
perasaan aku - pada kamu

Yang aku tunggu

Saban waktu aku menunggu
detik saat yang kian berlalu
membawakan bayu dan angin rindu
menghamparkan lautan kasih nan syahdu
tapi
hampa tetap bersamaku
kesedihan juga yang sering menemaniku
berpisah tiada kekecewaan dengan diriku
mungkinkah aku kan kekal begitu?
bertemankan pilu sepanjang hayatku

Melayang dan terus hilang

Orang kata
cemburu tandanya sayang
ye ke??
tapi bagi aku
kalau terlebih cemburu
cinta pun boleh melayang

Wanita terbahagia?

kau adalah wanita paling bahagia 
seandainya kau sudah bertemu dengan panglima asmara jiwa
yang bisa membuat kau lupa tentang semua kedukaan yang selama ini
tersimpan kemas dalam dada.

Masih lagi

Selagi bulan masih satu
selangi bintang di langit tak mampu kau hitung dengan jari-jemarimu
selagi itulah
rasa cinta ini tetap mekar dan takkan ada penggantinya

Kenangan

Kalaupun yang terlebih dahulu hadir dalam hidupmu
adalah dia
jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kau hidup dalam sisa kenangan yang tiada berkesudahan

Susah

Perkara yang paling susah kau nak buat adalah ;
Memaafkan orang yang dah hancur lumatkan hati dan segala kepercayaan yang kau pernah beri.

Pergi

Aku pergi
bukan kerana aku membenci
Aku pergi
bukan kerana aku tak lagi peduli
Tapi aku pergi
kerana berulang kali kamu menyakiti
hingga kini aku rasa
aku tak lagi punya hati