Assalamualaikum
aku cuma ingin berkongsi, tentang rasa hati dan juga tentang segala yang aku perhati.
Secara jujurnya, aku bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang puisi, kerana aku tahu betapa ceteknya ilmu yang aku ada.
-
Aku di sini, hanya untuk kembali menyambung butir-butir aksara yang aku sengaja hentikan.
Bukan niat di hati untuk sengaja mengundurkan diri,
Kata seorang teman ini mungkin "Undiscovered Hidden Interest" aku.
Mungkin juga? sebab selama ini aku tak pernah sedar, atau aku yang buat tak endah?
-
Andai saja ada yang membaca
aku berhenti kerana sebab-sebab tertentu,
aku berhenti kerana sebab-sebab tertentu,
tapi aku ingin kongsikan di sini beberapa puisi yang ada dalam simpanan aku,
adakah aku akan kembali ke sana?
entah, mungkin tidak buat masa ini.
Terima kasih buat semua yang memberi semangat agar aku kembali menulis...
walaupun aku tahu
genre yang aku bawa ini sudah terlalu "biasa" kan?
tak apalah,
aku menulis bukan mengharapkan apa-apa
cukup sekadar ada yang sudi membaca :)
-
Apa yang aku tahu
apa yang aku pegang
sehebat mana pun kita
setinggi mana ilmu yang kita ada
tak semua orang akan terima kita dan cara kita
tapi jaga adab
itu yang paling utama
bagi aku
No comments:
Post a Comment