Pernah tak kau rasa stuck dekat suatu tempat atau stuck dengan orang? sebab aku pernah alami situasi macam tu. Kita ni, kadang-kadang nak nasihat orang kena tengok orang tu macam mana. Kalau kau silap jolok sarang tebuan, haha menjawab lah. Aku sendiri pernah ada dalam situasi macam tu, end up semuanya screw up, sebab apa? sebab panas, panas yang kau tak boleh nak kawal. Panas yang kau rasa bengang sebab kau tengok orang depan kau ni memang tak boleh nak ditegur. So kalau kau jadi aku, apa yang kau buat?
Aku punya pendekatan simple je, (maafkan penggunaan bahasa rojak). Aku ni, manusia nya yang straight forward, aku tak pandai berkias cuma sebolehnya, aku jaga mulut aku supaya jangan biadab dengan orang. Biasanya aku kalau bengang aku diam, tapi kalau dah keluar aura naga aku tu mintak maaflah kalau ada yang terkena lahar.
Dari sudut pandangan aku, kalau benda salah tetap salah. Aku takkan pertahankan benda tu kalau benda tu salah tak kira lah kau siapa. Kalau kau kawan baik aku sekalipun, tapi kalau benda yang kau buat tu salah aku tetap takkan sokong. Tak guna kau mempertahankan orang membabi buta sedangkan kau tahu orang yang kau pertahankan tu memang buat salah, kan?
Dalam hidup ni, kau tak boleh expect semua orang akan suka kau, semua orang akan setuju dengan kau. Tapi kau kena terima satu perkara, terima apa kritikan orang, kalau kita salah betulkan dan kalau dia salah buktikan, jangan sombong dengan apa yang kita ada. Kita ni manusia saja, kita ni biasa-biasa sahaja, kalau ada pun kelebihan kita semua tu cuma pinjaman dari DIA.
Aku cuma manusia
aku jauh dari sempurna
tapi aku tahu kamu juga manusia
walau kita berbeza rupa
walau kita berbeza pangkat
walau kita berbeza umur
kita tetap manusia biasa.
No comments:
Post a Comment