Saturday, March 28, 2015

Mencari diri

Mencari diri yang entah di mana
Mencari sepi yang tak pernah ada
hiruk-pikuk dunia
lemas-aku rimas
adakah itu lumrah?
atau
kau yang selalu menyerah hingga kau buat aku turut ikut mengalah
benci - atau sebenarnya masih peduli?
semua itu tak penting lagi
sekarang aku mohon
kembalikan semuanya pada empunya diri
aku sunyi
tanpa diri aku sendiri





Janji

Janji 
bukan untuk dimungkiri
bukan untuk dikhianati
bukan juga untuk disesali
tapi
janji untuk ditunaikan
janji untuk dikotakan
janji untuk dipaterikan
andai rasa tak mampu
tak perlu lafazkan janji
sekali ia dimungkiri
selamanya takkan dipercayai

Thursday, March 26, 2015

Beza

Pernah bersama
gelak ketawa riang membaca tiap baris kata
tapi bila kau tegar untuk mengakhiri segala
jangan kau anggap
dengan mudah aku boleh terima semua
kau-aku
biar kita bawa haluan berbeza
kerana yang terputus
tidak akan bersambung semula

Ruang atau jurang?


Ruang waktu yang kau pinta
Akhirnya cipta jurang buat kita
kerana
Ruang waktu yang kau pinta
Telah membuat hilangnya definisi - Kita

Cuma mahu

Aku cuma mahu menulis
biar hilang sedikit luka hati yang terguris


Kenangan itu

Kenangan yang sering bertamu membuat aku rindu pada masa-masa yang lalu.  Rindu pada senda gurau yang dulu, pendek kata segalanya tentang "yang dulu" boleh dikatakan semuanya aku rindu.  Saat kita sama-sama "belajar" dan merangkak, saat kau jatuh aku papah, saat aku rebah kau tongkatkan, semua yang pernah kita kongsi, sayangnya semua itu tak lama.  Hanya seketika yang membuat bermacam (drama).  Engkau yang jauh berubah, mula angkuh mendongak langit langsung tak nampak orang lain punya baik.   Itu kah kamu yang dulu?  Mana hilangnya seorang teman yang sentiasa tunduk merapat ke bumi?  Mana hilangnya orang yang sering bercakap tentang baiknya orang di sekeliling?  

Hilang- kau betul-betul hilang, puas aku cari tak lagi ku temu dirimu yang dulu.  Aku tak letak 100% kesalahan pada kamu, mungkin salah aku juga yang buat kamu kian berubah.  Tapi kenapa kita sudah tak boleh duduk berbincang di meja yang sama?  Kenapa tak boleh lagi kita ubah cara haluan kita yang mungkin kian berbeza arah?  kenapa perlu kau lari dan sembunyi diri?  kemudian kau kembali dan mengharapkan semua tetap membuta tuli?

Maafkan aku sebab tak mampu lagi berdiam diri, tapi selayaknya kamu juga tak perlu lagi meninggi diri dan meninggalkan semua kesalahan atas bahu diri ini.  Aku berundur demi kamu capai matlamat diri, apa pun yang berlaku aku harap kau belajar dari kesilapan.  Hidup kita ni, takkan maju selagi kita tak ubah kefahaman diri kita, tak akan berjaya selagi kita tak faham diri kita sendiri.

Apa yang pernah berlaku, aku harap kau tak ulangi lagi.  Moga saja dia itu yang telah kembali pada kamu akan membawa sinar kejayaan buatmu.  Aku bukan siapa-siapa, aku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa, cukup lah kau tahu segala yang berlaku sehingga mewujudkan keadaan ini..biarkan saja berlalu,walaupun aku rindu aku sentiasa berdoa moga saja kita takkan kembali bertemu.

Kenapa?

Dia-suka gincu
pantang nampak kedai M.A.C
meronta-ronta hati nak masuk

Dia- suka blusher
Pantang nampak tester
semua dia nak cuba

Dia- suka membeli
Apa saja berkenan di mata
semua dia masuk dalam troli

sampai satu masa
dia dah tak mahu beli apa-apa
bukan kerana wang di dompet sudah tiada
bukan juga kerana ada yang menghalang langkahnya
tapi kerana dia sudah tak lagi perlukan semuanya

Tapi kenapa?

Escapism

Bagi aku, escapism adalah perkara yang buat kau gembira, yang buat kau lupa tentang masalah yang kau tahu setiap hari kau kena hadap.  Bagi aku, escapism untuk aku adalah dengan menulis dan membaca.  Tapi kalau ruang escapism kau pun dah diceroboh, ruang escapism kau pulak jadi tempat kau tambah semak kepala, kau rasa kau patut stay ke?

Stuck?

Pernah tak kau rasa stuck dekat suatu tempat atau stuck dengan orang? sebab aku pernah alami situasi macam tu.  Kita ni, kadang-kadang nak nasihat orang kena tengok orang tu macam mana.  Kalau kau silap jolok sarang tebuan, haha menjawab lah.  Aku sendiri pernah ada dalam situasi macam tu, end up semuanya screw up, sebab apa? sebab panas, panas yang kau tak boleh nak kawal.  Panas yang kau rasa bengang sebab kau tengok orang depan kau ni memang tak boleh nak ditegur.  So kalau kau jadi aku, apa yang kau buat?

Aku punya pendekatan simple je, (maafkan penggunaan bahasa rojak).  Aku ni, manusia nya yang straight forward, aku tak pandai berkias cuma sebolehnya, aku jaga mulut aku supaya jangan biadab dengan orang.  Biasanya aku kalau bengang aku diam,  tapi kalau dah keluar aura naga aku tu mintak maaflah kalau ada yang terkena lahar.  

Dari sudut pandangan aku, kalau benda salah tetap salah.  Aku takkan pertahankan benda tu kalau benda tu salah tak kira lah kau siapa.  Kalau kau kawan baik aku sekalipun, tapi kalau benda yang kau buat tu salah aku tetap takkan sokong.  Tak guna kau mempertahankan orang membabi buta sedangkan kau tahu orang yang kau pertahankan tu memang buat salah, kan? 

Dalam hidup ni, kau tak boleh expect semua orang akan suka kau, semua orang akan setuju dengan kau.  Tapi kau kena terima satu perkara, terima apa kritikan orang, kalau kita salah betulkan dan kalau dia salah buktikan,  jangan sombong dengan apa yang kita ada.  Kita ni manusia saja, kita ni biasa-biasa sahaja, kalau ada pun kelebihan kita semua tu cuma pinjaman dari DIA.


Aku cuma manusia
aku jauh dari sempurna
tapi aku tahu kamu juga manusia
walau kita berbeza rupa
walau kita berbeza pangkat
walau kita berbeza umur
kita tetap manusia biasa.

Siapa kita?

Jatuh dan bangun itu lumrah
Siapa kita selepas jatuh yang membezakan kita dengan orang lain
Kecewa dan menangis itu biasa
Tapi di mana kita selepas kering air mata yang tersisa?
Hanya kita sendiri yang punya jawapan
kerana orang di luar cuma boleh meneka

Beralih-arah?

Assalamualaikum
aku cuma ingin berkongsi, tentang rasa hati dan juga tentang segala yang aku perhati.
Secara jujurnya, aku bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang puisi,  kerana aku tahu betapa ceteknya ilmu yang aku ada.

-

Aku di sini, hanya untuk kembali menyambung butir-butir aksara yang aku sengaja hentikan. 
Bukan niat di hati untuk sengaja mengundurkan diri,
Kata seorang teman ini mungkin "Undiscovered Hidden Interest" aku.
Mungkin juga? sebab selama ini aku tak pernah sedar, atau aku yang buat tak endah?

-

Andai saja ada yang membaca
aku berhenti kerana sebab-sebab tertentu,
tapi aku ingin kongsikan di sini beberapa puisi yang ada dalam simpanan aku,
adakah aku akan kembali ke sana?
entah, mungkin tidak buat masa ini.
Terima kasih buat semua yang memberi semangat agar aku kembali menulis...
walaupun aku tahu
genre yang aku bawa ini sudah terlalu "biasa" kan?
tak apalah,
aku menulis bukan mengharapkan apa-apa
cukup sekadar ada yang sudi membaca :)

-

Apa yang aku tahu
apa yang aku pegang
sehebat mana pun kita
setinggi mana ilmu yang kita ada
tak semua orang akan terima kita dan cara kita
tapi jaga adab
itu yang paling utama
bagi aku 

Tentang kamu

Kau
cuma tahu memberontak
cuma tahu mendesak
Aku
sudah letih mengalah
sudah letih menjadi yang lemah
Kita
harus tamatkan permainan ini
samaada kau cermin kembali diri
atau
Biar aku saja yang pergi

Tak pernah berubah

Perubahan masa
perbezaan suasana 
tetapi ada satu yang tetap sama
tidak berkurang
tidak pula bertambah
masih statik
beku dan membatu
masih di situ
perasaan aku - pada kamu

Yang aku tunggu

Saban waktu aku menunggu
detik saat yang kian berlalu
membawakan bayu dan angin rindu
menghamparkan lautan kasih nan syahdu
tapi
hampa tetap bersamaku
kesedihan juga yang sering menemaniku
berpisah tiada kekecewaan dengan diriku
mungkinkah aku kan kekal begitu?
bertemankan pilu sepanjang hayatku

Melayang dan terus hilang

Orang kata
cemburu tandanya sayang
ye ke??
tapi bagi aku
kalau terlebih cemburu
cinta pun boleh melayang

Wanita terbahagia?

kau adalah wanita paling bahagia 
seandainya kau sudah bertemu dengan panglima asmara jiwa
yang bisa membuat kau lupa tentang semua kedukaan yang selama ini
tersimpan kemas dalam dada.

Masih lagi

Selagi bulan masih satu
selangi bintang di langit tak mampu kau hitung dengan jari-jemarimu
selagi itulah
rasa cinta ini tetap mekar dan takkan ada penggantinya

Kenangan

Kalaupun yang terlebih dahulu hadir dalam hidupmu
adalah dia
jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kau hidup dalam sisa kenangan yang tiada berkesudahan

Susah

Perkara yang paling susah kau nak buat adalah ;
Memaafkan orang yang dah hancur lumatkan hati dan segala kepercayaan yang kau pernah beri.

Pergi

Aku pergi
bukan kerana aku membenci
Aku pergi
bukan kerana aku tak lagi peduli
Tapi aku pergi
kerana berulang kali kamu menyakiti
hingga kini aku rasa
aku tak lagi punya hati